" Bila tirai Al-Haya' dibuka,
semua perhiasan yang terlindung dilihat mata,
pergaulan Adam dan Hawa tiada batasnya,
itulah penumbang ramai remaja,
yang sepatutnya sukar dan tidak patut diluahkan,
menjadi mudah sahaja untuk disampaikan,
kepada mereka yang tidak layak dan bukan,
menghidupkan api kemusnahan,
kerana manusia itu ibarat kayu kering,
mudah sahaja dibakar dan dihapus,
ya Allah,
aku sedar perubahan dunia,
aku sedar perubahan diri yang sepatutnya,
tetapi alasan sahaja yang aku mampu kata,
bantulah aku ya Allah,
aku tidak ingin mencemarkan maruah diri ku,
aku tidak ingin merendahkan nilai keistimewaan diriku,
kerana kelebihan yang Engkau kurniakan hanyalah untuk orang tertentu,
berikan aku kekuatan untuk menyalurkan curahan itu ke tempat yang betul,
bantulah kami tatkala kami menyelusuri usia remaja,
kerna tika itu kami sangat mudah mendedahkan diri kami,
kami tidak berfikir dengan rasional dan teliti,
kami mencipta hubungan yang tidak hakiki,
hanyalah untuk kepuasan diri,
kami lupa pesanaMu dalam kitab suci,
kami lebih percayakan diri sendiri,
ya Rabbi,
hindarkanlah kami dari punca kejatuhan diri,
hubungan yang bukan dituntut dalam agamaMu yang suci,
berikan aku kekuatan untuk tidak mendedahkan diri,
berikan aku pemahaman untuk tidak bersosial sana sini,
berikan aku komitmen melakukan perubahan diri,
berikan aku tirai Al-Haya',
agar dapat aku membataskan diri,
sibukkan diriku dengan hanya kaum sejenisku,
Engkau telah memberi janji,
jika aku memelihara diriku menjadi suci,
pelengkapku juga akan menyenangkan hati,
aku perlukanMu ya Allah,
Kekuatan,
Pemahaman,
Istiqamah,
bantulah aku,
andai perlu aku bersikap dingin dan mahal,
aku akan buat,
bukan hanya untuk diriku sendiri,
tetapi juga untuk masa hadapan nanti "
p/s : jgn tanya aku copy dr mana..baca je..klu xnak baca,sila baca bnde lain..sekian..adios~
6 comments:
nice one!
xie xie! pray 4 me!
xie xie tu awak nk ckp time kasih ke awak panggil saye adik?haha
xie xie 2 time kasih..klu adek mei mei la..
syaa nk ckp kakak sebenarnya td. jie jie.haish.
ok takpe. bukan masalah besar pun.
owh..ok2.
Post a Comment