29:69

29:69
Salam ukhuwah!

Saturday, September 18, 2010

pengorbanan~

Alhamdulillah..janjiku padaMu,tidak akan ku berpatah balik dari jalan kebenaran ini. Meskipun banyak pengorbanan yang akan ku lalui. Aku pernah meninggalkan ex-gf ku,iaitu perempuan yang tidak halal bagiku. Aku pernah tinggalkan kawan2 perempuan yg sangat rapat denganku,kerana mereka juga tidak halal bagiku. Aku pernah meninggalkan orang yang pernah aku terdetik untuk memilikinya,tetapi dia adalah tidak halal bagiku. Adakan pengorbanan itu sesuatu yang sukar? YA! MEMANG SUKAR! BERTENTANGAN DENGAN FITRAHKU! tapi bagiku, hidup dalam kemurkaanNya lagi lah menrunsingkan diriku. Aku sanggup meninggalkan keperluan fitrahku,supaya tidak tergelincir di landasan ini. Setelah berfikir sekian lama,rupanya rakan2 lelaki ku sebenarnya sudah cukup untuk menemaniku ketika ini,untuk menyelusuri usia mudaku,di mana waktu klimaks setiap insan melakukan perubahan dan mencari identiti diri. Hari ini, satu lagi pengorbanan yang telah ku pelajari, iaitu pengorbanan untuk menerima kesilapan lalu manusia lain. Bagiku,pengorbanan untuk menerima adalah lebih berat berbanding pengorbanan untuk meninggalkan sesuatu. Tapi takpe,janjiMu yang pasti sentiasa bercambah dalam diir mentah ini.PASTI!


p/s : i rarely tell others about my past..because its too painful to be remembered,as painful as when i think about my future..after all, those things make me stronger,right?

p/p/s: jarang gak aku gne ayat skema cmni..huhu

2 comments:

Izzaty Ishak said...

Pengorbanan itu memang sukar tapi itulah yang terbaik buat kita. Sama-sama kita berusaha.

Unknown said...

thanx zaty! jom berusaha!