29:69

29:69
Salam ukhuwah!

Tuesday, October 19, 2010

DAKWAH

Salam 'alaikum...

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian,

Ramai di antara yang 'claim' mereka melakukan kerja dakwah,

Tapi mereka tidak betul-betul faham konsep dakwah itu sendiri,

Sahabat-sahabat sekalian,

Dalam berdakwah, kita sentiasa mengharapkan mad'u kita itu diberi hidayah oleh Allah,

Tapi sedar atau tidak,

Keberkesanan dakwah dan pemberian hidayah oleh Allah itu bergantung pada diri pendakwah itu sendiri,

Hubungan si pendakwah dengan Allah harus dijaga terlebih dahulu,

Barulah Allah memilih mad'u si pendakwah tadi untuk diberi hidayah,

Tetapi ramai di antara kita hari ni,

Mengaku menjalankan kerja dakwah di sana sini,

Tapi amalan harian (mutabaah) tidak dijaga,

Tahajjud dan dhuha tunggang-langgang,

Bersosial bukan main lagi,

Alasan untuk berdakwah dijadikan pembuka jalan untuk bergaul dengan bukan mahram,

Bergaul untuk perkara yang tidak penting,

Dosa-dosa kecil yang di buat lama-kelamaan akan menjadi hijab penyampai hidayah,

Ada pula yang mengaku melakukan dakwah pena,

Menulis artikel, cerpen, novel, sajak,

Tapi bukan kerana Allah,

Hanya mengharapkan pujian dan 'comments',

Ada yang menyanyi untuk dakwah,

Tapi sejauh mana pergaulan dijaga dengan orang lain,

Ingatlah wahai sahabat,

Marilah kita berubah,

Dakwah ini satu tanggungjawab,

Janganlah kita meringan-ringankannya,

Jujur kata,

Saya sendiri pernah merasai bagaimana rasanya apabila orang yang kita nasihati itu seperti terhijab dari hidayah Allah,

Tapi bila difikirkan balik,

Banyak dosa-dosa kecil yang saya telah buat,

Rasa seperti hendak menangis di hadapan Rayyan (salah satu pintu syurga) memohon taubat Allah,

Rasa sedih juga kerana hidayah tidak tersampai kepada orang yang kita kasihi,

Rasa bimbang tatkala risau hidayah yang sedia ada akan ditarik,

Ya Allah,

Rapuhnya hambaMu,

HambaMu ini malu untuk mengaku melakukan kerja kenabian.

ASTAGHFIRULLAH

2 comments:

alyssa erzandra said...

ckp sal dakwah pena n dakwah melalui nasyid tu, kena selalu tajdid (look back) niat betul2.

soal ikhlas atau tidak bila nk berdakwah, itu bukan urusan kita.jnji kita buat je. kdg2 tu mngkin niat xclear enough, but kakak naqibah saya pernah cakap, keikhlasan itu umpama semut hitam yang berjalan diatas batu hitam pada waktu malam. see... its very hard to see and know it.

blog walking.found a nice topic. so i comment.

teruskan usaha dakwah u! regardless what happen, tugas kita hanya sebagai penyampai,perantara. hidayah dan hati manusia itu tetap milik allah.

wallahualam

Unknown said...

salam ya ukht..sbnarnye,mmmg btol dakwah stil kne buat even x ikhlas.. tajdid niat 2 penting..tp sy hairan,knape bila disuruh berubah,ada plak org yg beri alasan nk ikhlaskan diri dulu baru boleh brubah? same thing should be applied here..sbnarnye ape yg sy nk ckp is that ada di antara pndkwah ni yg x jge dri,batas n amalan harian..mreka x sedar dosa2 kecil yg mereka buat..sy pon sme..rse sedih sgt ble pikir psal 2..pergaulan x jge,akhlak x bpe baik..muwassafat tarbiyah x jaga lg..naudzubillah..sy mntk dijauhkan drpd hal 2..tp sedih lihat daie yg mcm ni..takot jd hijab hidayah nti..xpela..slmt brusaha..salam..

thanx 4 paksi 40 tu..