29:69

29:69
Salam ukhuwah!

Sunday, October 3, 2010

ni yg kita mau!~


Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya

Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini Facebook
Satu keajaiban!!!

Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan

Pemilihan terbatal
Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang

Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali

Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan

Tapi sayang sekali
Si Pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka

Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh



2 comments:

*khairany* said...

tp kn izzad, lelaki tu xperlu terus rejek trus prempuanpuan tu kot..tegur baik2..kte semua kn manusia biasa..n klu perempuan yg xmenegur lngsung dan ditegur lngsung, mengalahkn gilo la jwbnye..klu hidup cmtu, nnt bila susah, mst xde org yg nk tolong..xtegur org dan xditegur org kn..nk cari ilmu pn cmne..btw, that is my opinion..maaf klu tersinggung

Unknown said...

xpe2..aku pon copy paste je..aku pon x bpe stuju sgt part 2..biasa la manusia buat salah..tp ak bkn nk highlight point 2..xpe2..nti ingt kn nk edit balek ey post ni..thnx rany