29:69

29:69
Salam ukhuwah!

Friday, October 8, 2010

SUSAH DAN MUSUH

Benar. Untuk memahamkan orang lain tentang sesuatu ilmu itu, banyak perkara yang perlu diambil kira. Ianya mencakupi objektif yang ingin dicapai, medium penyampaian, orang yang ingin difahamkan dan pelbagai lagi. Oh ya, kesabaran dan kesungguhan juga merupakan elemen yang penting sepanjang proses ini. Sebagai contoh, anda mempunyai seorang kawan yang ingin berubah. Niat untuk berubah perlu diiringi dengan tindakan yang BETUL. Tapi, iblis (Azazil) dan pengikutnya (syaitan) akan sentiasa memanipulasi setiap keadaan bagi memastikan anak adam sentiasa sesat hingga ke akhir zaman . Mereka akan menghasut manusia dari pelbagai arah (7:17).

Selain menghasut melakukan maksiat dan kekufuran, mereka juga mempunyai pelbagai strategi lain. Antaranya :

  • Melengahkan perkara baik/perubahan
  • Menimbulkan ragu-ragu
  • Memanipulasi niat baik seseorang

Umat akhir zaman merupakan golongan yang mudah kecundang pada strategi mereka ini. Justeru, manusia mencipta alasan, mengelak kebenaran dan menangguhkan perubahan disebabkan jarum-jarum musuh tersembunyi ini.. Dan berlindunglah dengan Allah di sepanjang waktu.

2 comments:

dya adriza said...

Benar.. ilmu perlu digunakan di tempat yang betul. Kalau salah guna, boleh membawa ke murtad.

Nauzubillah..

Tazkirah yang baik..

Unknown said...

betol 2..