29:69

29:69
Salam ukhuwah!

Friday, November 12, 2010

BICARA ABDEL

ya Allah..
bantulah hambaMu ini dalam meneruskan kehidupan ini..
andai umur yang panjang baik untukku,maka teruskanlah..
andai sebaliknya adalah baik untukku,maka jadikanlah..
ujian dariMu adalah tangga kehidupan..
untuk mendaki dan mencapai langit kebahagiaan..
kesakitan dan kesempitan adalah duri keduniaan..
untuk menghidu harum syurga keabadian..
andai fitrah diuji dengan cemburu dan resah,
janganlah Engkau hadirkan amarah..
andai yang ditunggu masih belum lagi faham..
Engkau sabarkanlah diriku luar dan dalam..
andai penyakit diriku yang mendekatkanku kepadaMu,
aku redha meskipun derita sering bersamaku..
aku tahu Engkau adalah sebaik-baik tuan..
maka aku rela menjadi hamba yang tidak melawan..
sekiranya amalanku mendapat keredhaanMu..
bawalah aku pergi bertemuMu dan kekasihMu..
rungutanku bukan tanda aku mengalah..
tapi kerana rindu kepadaMu ya Allah..
tapi kerana rindu kepada kekasihMu iaitu Rasulullah..
benar dalam dunia ini kita akan berasa letih..
benar dalam dunia ini kita akan rasa kecewa..
benar dalam dunia ini kita rasa terseksa..
tapi hempedu ujian itulah yang menyihatkan roh kita..
gula maksiat lah yang menyakitkan jasad kita..
ya Allah ya Rabbul 'alamin..
aku rindu untuk kembali kepada fitrahku sebagai seorang hamba..
aku sedih tidak dapat menjadi hamba yang taat...
aku takut kerana jarang mengingatiMu..
aku rindu untuk bertemu denganMu..
tapi aku malu kerna rinduku tak setimpal dengan usahaku..
akhlak diri terumbang ambing..
maksiat pula tidak pernah kering..
ya Allah aku mendamba cintaMu..
kerna cinta manusia itu mengecewakan..
tapi aku percaya pada cinta halal yang Kau tetapkan..
ya Allah, bantulah aku untuk mengawal fitrah diriku,
agar aku dapat terus menegakkan syariatMu..
ya Allah..
AKU RINDU PADAMU DAN RASULULLAH.........




by : Danish Aniq

No comments: