29:69

29:69
Salam ukhuwah!

Sunday, November 28, 2010

THE ROAD NOT TAKEN

Sejak berada di jalan tarbiyyah ini,
Banyak ujian datang mendampingi,
Memeriksa iman di hati,
Menguji kewibawaan seorang daie,
Ataupun bangga dengan diri sendiri.

Ramai kawan-kawanku telah menemui 'cahaya',
Cahaya penunjuk jalan ke syurga,
Nikmat tarbiah mula terasa,
Bertaubat atas segala dosa,
Bermula semula sebagai seorang hamba.

Aku bahagia tatkala mereka berada di jalan ini,
Aku bertambah gembira sekiranya mereka tsabat hingga mati,
Aku juga berharap hidup ini dapat memberi erti,
Hidup di dunia dalam redha Ilahi,
Juga mengejar kehidupan ukhrawi yang hakiki.







No comments: