29:69

29:69
Salam ukhuwah!

Sunday, November 7, 2010

SELAMAT PERGI PEJUANG ALLAH


LUQMAN BIN RAZALI


10 MEI 1990 - 7 NOVEMBER 2010

Man, andai pemergianmu itu tanda kasih Allah terhadapmu, aku redha.
Man, kau pergi dulu meninggalkanku dalam perjuangan yang belum selesai.
Man, walaupun kita tak rapat sangat, tapi ukhuwah imaniah penyatu hati2 kita.
Man, titisan air mataku sebagai pengiring yang menemanimu ke alam yang lain.
Man, bila dah kehilangan, baru aku rasa indahnya nilai sebuah ukhuwah.
Man, suaramu yang lunak dalam menegakkan agama Allah sentiasa dalam ingatanku.
Man, aku rindu melihat senyumanmu berserta fikrah yang serupa denganku.
Man, kita sempat menjadi 'classmate' walaupun hanya setahun.
Man, aku sempat menatap wajahmu buat kali terakhir.
Man, meskipun Allah menjemputmu dengan cara begini, mungkin itu adalah yg terbaik buatmu.
Man, kebelakangan ni aku merindui Rasulullah tatkala mengetahui baginda merindui ummatnya.
Man, tak ku sangka engkau yang pergi dulu, membuatkanku merinduimu wahai sahabat seangkatanku.
Man, aku berharap dapat berjumpamu di samping Rasulullah nanti, agar rinduku pada kalian dapat terubat.
Man, kau menjadi penyokong kepada sahabatmu yang lemah ini.
Man, baru beberapa hari lepas kau hadir dalam mimpiku, selepas kemalangan yg kau hadapi itu.
Man, ketika itu engkau sempat tersenyum padaku dalam keadaan sihat.
Man, andai kita ditakdirkan masuk syurga, biar ukhuwah kita mekar di dalamnya.
Man, selamat pergi sahabatku...
Man, tunggu aku di hari perhitungan nanti meskipun amalan kita berbeza.
Man, UKHUWAH FILLAH.........



Erti Persahabatan Ini

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

2 comments:

Insan yang hina said...

mengalir mataku membacanya. syahdu sangat. Semoga dia berada didalam kalangan orang2 beriman. aminn.

Unknown said...

insyaAllah..arwah mmg soleh..


p/s: man,tggu aku nanti ye..