29:69

29:69
Salam ukhuwah!

Thursday, November 4, 2010

SUDAH TERTEGAKKAH ISLAM?

petang tadi ana ada sikit 'conversation' dengan adik perempuan ana pasal imam mahdi. ana pon tak boleh la nak bagi explanation yang panjang lebar sebab dia kecik lagi. nanti pening pulak. ana bagitau dia yang imam mahdi ni nanti akan mengembalikan Islam kepada era kegemilangannya seperti dulu. lepas tu adik ana cakap " bukan ke Islam dah tertegak sekarang? "


apa yang ana nak cakap kat sini, kebanyakan muslim telah berasa selesa dengan keadaan hidup sekarang dan tanpa mereka sedari, gaya hidup yang sedang mereka amalkan sekarang tidaklah berasaskan Islam sepenuhnya. mereka ini hanya mengambil Islam pada sebahagiannya sahaja dan menolak sebahagian yang lain, walhal Allah ada menyataan dalam Al-Quran bahawa orang-orang seperti ini (mengambil jalan tengah) adalah sebenar-benar kafir ( An-Nisaa' : 150-151). bahkan, sewaktu kemunculan imam mahdi nanti, kebanyakan daripada mereka inlah yang akan memerangi imam mahdi kerana tidak dapat menerima kebenaran (hakikat gaya kehidupan Islam yang sebenar) disebabkan telah terbiasa dengan apa yang dilakukan sekarang.


p/s : ana memang suka kupas dalil-dail quran yang sama sebab lebih penghayatan dan pengamalan..insyaAllah..

No comments: