Bismillah~
Ok, dalam dunia ni, ada orang yang tak nak jadi doktor, kan? Yang allergic jumpa doktor pon wujud gak..Tidak dinafikan, ada sekumpulan manusia pula yang belajar bersungguh-sungguh untuk bergelar sebagai seorang doktor..Dan ada juga yang sudah pon menjadi doktor. Tahukah anda, sebenarnya setiap dari anda adalah merupakan seorang doktor ? ( Banyaknya repetition ‘DOKTOR’.. -.-“ )
“Doktor yang macam mana tu?”
“Yang pegang stethoscope dan scalpel tu ke?”
“Doctor tu bukan rawat orang ke?”
Jawapannya, anda merupakan ‘Doktor Kepada Diri Anda Dan Ummah’
“ Tapi kenapa doktor ey,bukan jurutera? “
Jawapannya, “Suka hati saya la! ” -__-"
Tak la, jawapan sebenarnya ialah :
“Wahai manusia! Sungguh telah datang kepadamu pelajaran (iaitu Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman” (10:57)
So, perkataan ‘Penyakit’ sinonim dengan ‘Doktor’. Ok cukup! Ni bukan kelas bahasa!
“Err..Jap..Penyakit dalam dada? Angina, sebab ischemia ke? Ke Bronchitis?”
Nope!
“Penyakit dalam dada” yang dimaksudkan ialah perangai kebanyakan manusia sekarang ni, iaitu kelalaian mereka dengan kelazatan nikmat dunia, lalu hati setenang Laut Cina Selatan tu dilanda Tsunami berskala korang-kira-sendiri Ritcher!
“ Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itu kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik “ (3:14)
Laaa..Itu rupanya yang mereka kejarkan. Adakah kita perlu mengikut jejak langkah mereka? Turut serta dengan mereka yang tergelincir disebabkan tiada Friction Force of Iman untuk mereka berdiri teguh di atas Bumi ini?
“ Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di Bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan” (6:116)
Haish….Dah nazak rupanya masyarakat kita!
“ Err..Abes tu doktor, apa ubatnya? "
Kat ayat atas (10:57) tu kan Allah dah mentioned, the answer is AL-QURAN…
Nah, ni ada lagi…
“ Dan apakah orang yang telah mati lalu Kami hidupkan dan Kami beri dia cahaya yang membuatnya dapat berjalan di tengah-tengah orang banyak, sama dengan orang yang berada dalam kegelapan, sehingga dia tidak dapat keluar dari sana? Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang kafir terhadap apa yang mereka kerjakan. “ (6:122)
“ Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Quran) yang telah Kami turunkan. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan. “ (64:8)
Haa..amacam?
“ Apa kaitan ey Al-Quran dengan cahaya? "
Haish! Bukak balik buku teks Physics Form 5, pastu tengok Properties of Light.
“bla…bla…bla..Light can’t be bent..”
Hah, maknanya cahaya akan bergerak lurus jela kan? SubhanAllah, Allah used the most precise word to convey His message to us, which inderictly tell us that we will not be astray as long as we follow the LIGHT that He gives!
“ Ala…Orang lain kan dah jadi ‘doktor’..Malas la..Nanti kalau ramai sangat kang, serabut pulak..Lagi pun tak wajib pun kan?”
Eyh, tak wajib? Ye ke?
“ Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, ‘Mengapakah kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah?’. Mereka menjawab ‘Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu , dan agar mereka bertakwa. “ (7:164)
Hah? Sekarang anda buat la penilaian sendiri ey..
“ Erk..Ala..Ape ni..Ish..Kita kan umat terbaek..Cukup la tu..Perlu ke buat sume tu?”
-_____-“
Special ey? Terbaek ey?
“ Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. “ (3:110)
Haaa..Kita ni jadi umat terbaek sebab kita buat kerja kenabian, yakni Amar Ma’ruf Nahi Munkar. Bukan dok senang lenang je.
“ Haish..Yelah2..Jom la berubah.. "
Haaa.. Macam tu la.. ^__________^
Antara nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya:
“ Tanda Allah membenci seseorang hamba-Nya, dia akan sentiasa sibuk dengan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya. Sesungguhnya sesaat umur yang pergi tanpa digunakan ibadah, pasti membuatkan manusia menyesal pada kemudian hari. Sesiapa yang telah mencapai umur 40 tahun, sedangkan amalan kebaikan terlalu sedikit dibandingkandengan kejahatan yang dilakukannya, maka bersedialah untuk ke neraka. “
Jom muhasabah diri, even umur baru 21 tahun pon..
2 comments:
slh eja..
lékaře
klu lekare xtau ade mksud ke x
yup2..ari google trnslate pon die ade symbol2 tu..malas nk copy ejaan btol die..thanx ey!
Post a Comment