29:69

29:69
Salam ukhuwah!

Sunday, April 3, 2011

Saya akan bersabar!

Demi untuk yang terbaik,

Saya akan bersabar,
Walaupun saya sendiri tak pasti apa yang menanti,
Kerana buat masa kini,
Saya hanya mengikut fatwa hati,
Berdasarkan dalil dalam kitab suci,
Serta didampingi rasa tenang dan mengerti.


Cuma,

Saya perlu bersabar,
Kerana ianya cabang keimanan,
Kerana ianya petunjuk keteguhan,
Kerana ianya nasihat Tuhan~



‎"Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh." (8:65)



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

1 comment:

nurlisa kamal said...

ketahuilah sabar itu pahalanya tidak berkadaran dengan apa-apa pun... bersabarlah.