29:69

29:69
Salam ukhuwah!

Friday, July 15, 2011

Harap-harap ada masa lagi..

Selama ni bila belajar ilmu agama dan nasihat orang, nampak macam mudah je..Bila tiba masa untuk aplikasi, baru terasa beratnya tanggungjawab tu...Lagi-lagi bila ianya melibatkan adik sendiri yang masih kecil dan baru nak berjinak-jinak dengan agama..

Contoh 1 : Bila mana kita nasihat dan ajar adik perempuan kita sendiri mengenai aurat, dan bila tiba masa nak aplikasikannya, antara masalah yang akan timbul " Habis tu nanti bila balik kampung, tak kan sepanjang masa nak pakai tudung sebab sepupu lelaki ramai. Dulu (sebelum baligh) tak payah pakai tudung. Macam mana ni?" Erm...Mati akal gak nak menjawabnya sebab adat/kebiasaan ni agak sukar untuk diselarikan dengan syariat sebab ia melibatkan persepsi orang ramai atau masyarakat..

Contoh 2 : Bila kita selalu menasihati orang ramai tentang larangan bercouple, dan bila tiba masa nak aplikasikannya pada adik perempuan sendiri, antara masalah yang akan timbul ialah "Mestilah kena bercinta dulu baru boleh kahwin!" atau "Kalau kita bercouple tapi tak buat apa-apa boleh tak? Takde pegang-pegang tangan pon." atau "Kawan-kawan selalu kenakan adik dengan budak lelaki tu." dan macam-macam lagi..Nah! Sekali lagi hampir-hampir je mati akal dek kerana cuba nak selarikan ilmu yang ada dengan tahap adik yang masih kecil.

Contoh 3 : Bila kita selalu menasihati orang ramai tentang hal-hal solat, dan bila tiba masa untuk kita mengaplikasikannya pada adik perempuan kita (dan adik lelaki), antara masalah yang akan timbul ialah apabila ingin menegur dan mengingatkan mereka tentang pentingnya menjaga solat tu.. Kita seolah-olah mati akal juga kerana serba salah untuk terus menasihati kerana mereka masih lagi belum terdedah pada nilai-nilai dan kepentingan agama yang sebenar..Ditegur selalu takut menyampah pula, kalau tak diingatkan takut mereka akan meringan-ringankannya..Aduh!

Ni baru untuk adik perempuan sendiri, belum lagi mak, isteri dan anak-anak perempuan..

Untung nya orang perempuan ialah apabila dia merelakan suaminya untuk membuat kebaikan, dia turut mendapat pahala yang diperoleh suaminya..Dan apabila dia melakukan dosa, si suami yang akan menanggung dosa itu..Sesungguhnya Allah Maha Adil (^___^)

p/s : Tadi dengar ada 'ustazah' mengajar pasal haid dan istihadah pon dah pening kepala sebab banyak sangat kena belajar dan ingat..Takpe, stil ada masa lagi untuk belajar..Berusaha!

No comments: