- Cinta tanpa tanggungjawab itu dusta, tanggugjawab tanpa cinta itu buta.
- Jangan terlalu memikirkan hak anda terhadap pasangan anda, tapi fikirkan tanggungjawab anda terhadap isteri/suami anda.
- Pasangan anda, meskipun seorang da'ie, ustaz/ustazah, ikhwah/akhwat dan sebagainya, dia tetaplah seorang lelaki/perempuan yang perlu dipenuhi fitrahnya, difahami biologi dan emosinya.
- Dalam melaksanakan syariatullah dalam rumahtangga, jangan sesekali abaikan sunnatullah.
- Perlunya ada cinta tiga segi dalam perkahwinan, iaitu antara anda, pasangan anda dan Allah. Malah, mereka yang bercinta atas tujuan mencari cinta Allah, akan sentiasa maju setapak kehadapan dan menaiki satu anak tangga untuk mencapai tahap yang lebih baik.
- Perlunya diskusi dan perbincangan antara pasangan. SANGAT PENTING.
- Dalam pekahwinan, panjangkan fikiran anda bukan setakat sehingga mendapat anak ke-10 atau berumah banglo, tetapi didikan dan kasih sayang terhadap anak2 apatah lagi apabila mereka akan menghadapi usia REMAJA.
- Buang sikap pentingkan diri dan ego, lagi apabila ianya melibatkan kewangan, masa dan mertua.
So, I guess those are points yang saya rasa semua newly-wed couples, eyh jap, salah, jangan tunggu dah kahwin baru sibuk nak cari ilmu rumah tangga, tapi siapkan diri anda sejurus selepas anda terpikir untuk mendirikan rumahtangga. Ingat, RUMAH + TANGGA... 'Rumah' itu cinta yang perlu diisi dalamnya, dan 'Tangga' itu tanggungjawab yang menjadi pelengkap dan penghubung cinta. Minta maaf sebab cakap pasal marriage or cinta. Harap anda tak kesah.
Saya tak larang orang kahwin awal, tapi saya larang orang kahwin tanpa ilmu dan tahu tanggungjawab, seolah-olah ibarat berlayar tanpa layar.
Saya tak larang orang kahwin lambat, tapi saya larang kalau tempoh bujang itu diisi dengan zina hati, mata, tangan dan sebagainya.
Saya tak larang kalau anda nak kahwin masa belajar, tapi saya larang kalau anda lupa tanggungjawab terhadap ibu bapa dan sukar mengawal diri.
Saya tak larang kalau anda tak nak kahwin, tapi anda seolah-olah melawan fitrah diri.
Yang penting :
- Cinta (Kepada Allah, pasangan, anak2)
- Ilmu ( Basic fiqh, dakwah dan tarbiyah, ilmu duniawi)
- Tanggungjawab (Hak pasangan, anak2, mertua yg perlu ditunaikan)
Last but not least, baca artikel Ustaz Hasrizal ni :
Thanks to ustaz for changing my view towards LOVE and MARRIAGE. Jzkk ^_^
p/s : post ni ditujukan kpd dri sndri
1 comment:
JAzakallah.. post yg amat bernilai.. nak kawen ni berat sbnrnya.. bkn senang seperti dijangkakan.. pengalaman itu mengajar erti kehidupan ini.. GOOD LUCK
Post a Comment